Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.
Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda.
Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.
Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif.
Di bawah ini adalah beberapa tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-
1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang
Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya.
Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu 'detail' dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan.
Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat 'call to action' dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam 'meminta' pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan.
2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel
Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kretiviti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kretif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut.
Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan.
3. Fahami Pasaran Anda
Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda.
Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut.
4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru
Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah autresponder atau 'mailbot'. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan 'personalize' setiap mesej yang dihantar.
Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda.
Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda.
5. Bina Nama Anda
Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes. Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal.
Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk.
6. Jadikan Diri Anda Profesional
Alamat emel anda boleh menjadi penarik kepada bisnes anda. Tampilkan keprofesionalan anda dalam emel, termasuklah tajuk dan 'header' emel tersebut. Kedua-dua perkara ini walaupun kecil tetapi mempunyai impak yang besar di mata pelanggan.
Dengan penampilan yang profesional anda akan menjadikan promosi anda lebih berkesan.
7. Membuat Penilaian
Sentiasalah menilai strategi anda, bermula dari penyediaan kandungan emel itu sendiri sehinggalah peralatan (tools) yang anda gunakan untuk penyediaannya. Kajilah apakah kelebihan dan kekurangannya.
Untuk projek anda yang seterusnya, gunakanlah keputusan penilaian tersebut untuk hasil yang lebih baik. Ini semua adalah untuk memajukan lagi strategi pemasaran emel anda.
Semua di atas adalah beberapa tips dan cadangan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera untuk melonjakkan lagi prestasi bisnes anda.
Samada anda masih baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan ini, semua cadangan-cadangan di atas adalah mudah untuk diingati dan dipraktikkan.
Apa yang anda tunggu lagi? Ambillah tindakan sekarang juga!
0 comments:
Post a Comment