Pemasaran melalui emel adalah cara yang paling berkesan untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Ianya sangat ekonomi dan jika dilakukan dengan betul, boleh membantu membina 'brand' untuk perniagaan anda.
Dengan purata hanya beberapa RM untuk setiap emel, ia adalah tawaran yang hebat berbanding dengan 'direct mail' secara tradisional. Tambahan pula, pemasaran emel mempunyai kadar respon yang tinggi (sekitar 5-35 peratus bergantung kepada jenis dan format industri terbabit).
Satu daripada kelebihan pemasaran emel ialah jumlah maklumat yang dibekalkan oleh klien apabila mereka mendaftar untuk subscribe emel anda.
Dengan mengetahui siapakah klien anda sebenarnya, termasuklah jantina, umur, pendapatan dan terutama sekali kesukaan mereka, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan produk yang berguna untuk mereka sekaligus menguntungkan anda.
Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel:-
1. Membawakan kepada anda prospek yang disasarkan. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki.
2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain metod pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.
3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional, seperti surat-menyurat, mengambil masa yang banyak. Kemudian anda perlu menunggu untuk beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima.
Dalam permit atau pemasaran emel 'opt-in', promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.
4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel 'opt-in' membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online.
Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke 'pangkuan' prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan.
Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini.
Bahan-bahan yang boleh didownload seperti ebook boleh diakses dengan seberapa segera.
Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna dengan hanya melayari laman web anda, klik link ke 'landing page' anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, ebook yang disediakan itu sudah boleh didownload oleh mereka.
5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah.
Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara 'auto-pilot' bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda.
Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.
Sekarang, prospek boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perniagaan, produk atau servis dalam 24 jam sehari semalam dan ya, 7 hari seminggu.
Kekurangan pemasaran emel:-
1. Hari ini dengan kewujudan spam, emel boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sukar untuk diuruskan. Ini bermakna para prospek hanya akan mencari dan membuka emel dari rakan-rakan, keluarga dan sebagainya manakala emel-emel yang tidak berkaitan akan dibuang dengan begitu sahaja.
Bagaimanapun, program anti-spam dan spam filter boleh meminimumkan masalah spam ini. Begitupun anda harus tahu bahawa setiap emel anda boleh ditetapkan sebagai 'spam' oleh prospek dan dibuang ke folder spam, walaupun ia sebenarnya bukan emel spam.
2. Mesej yang disampaikan menerusi emel hendaklah ringkas. Prospek mahukan maklumat yang tepat dan ringkas. Oleh itu mesej emel yang panjang hanya membuang masa sahaja.
3. Emel menghalang kretiviti anda. Teks adalah membosankan dan dengan mesej-mesej emel, teks adalah bahagian yang paling penting. Anda tidak boleh menggunakan kretiviti anda kerana para prospek mahukan poin ringkas dan terus kepada subjek yang ingin anda sampaikan.
Beberapa bisnes online kecil berpendapat laman web hanya mempunyai peranan yang kecil untuk mereka kerana mereka tidak percaya produk atau servis boleh dipasarkan di Internet.
Bagaimanapun mereka sebenarnya tidak tahu, pemasaran emel merupakan penjimat utama bagi kewangan mereka sekaligus mampu memasarkan produk atau servis mereka ke tempat-tempat tertentu yang mana tidak boleh dicapai secara offline.
Semua orang boleh mempromosi laman web, mengiklankan produk atau merealisasikan idea mereka dengan hanya menggunakan emel untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.
0 comments:
Post a Comment