Tips Opt-in Pemasaran Emel

Leave a Comment
Emel opt-in adalah merujuk kepada emel-emel promosi yang dihantar kepada seseorang yang memintanya. 

Bukan seperti emel spam yang merupakan emel promosi yang dihantar kepada sejumlah ramai pemilik emel tanpa mengambil kira samada mereka mahu menerimanya atau tidak. 

Emel-emel opt-in biasanya berunsur peribadi, disasarkan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan promosi-promosi tertentu atau topik yang penerima emel tersebut berminat untuk mengetahuinya. 
Tips Opt-in Pemasaran Emel
Biasanya emel-emel opt-in mengandungi maklumat tentang produk, newsletter, artikel-artikel yang berguna dan panduan atau iklan-iklan tawaran istimewa. 

Sebagai contoh, apabila seseorang pengguna internet itu mengunjungi sebuah laman web yang menjual CD muzik, dia boleh 'opt-in' untuk membolehkan dia menerima berita terkini atau notis tentang CD muzik terbaru yang dijual oleh laman web tersebut. 

Pengguna Internet tersebut juga ada kemungkinan akan mendapat diskaun terhadap produk-produk yang ditawarkan oleh laman web itu, melalui emel opt-in yang akan diterimanya.

Walaupun cara ini lebih mahal berbanding dengan cara mass mailing, kajian mengatakan cara ini jauh lebih berkesan.

Emel-emel opt-in terdapat dalam banyak bentuk. Senarai 'single opt-in' berlaku melalui jemputan terhadap pengguna untuk sign-up menerusi 'web form'. Ketika mereka menghantar 'form' tersebut, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai ahli.

Anda boleh gunakan satu lagi jenis opt-in yang memerlukan semua pengguna yang ingin mendaftar sebagai ahli senarai emel anda untuk mengesahkan permohonan mereka melalui emel, yang disebut sebagai 'double opt-in'.

Pengesahan opt-in adalah untuk memastikan bahawa alamat emel yang diberikan oleh pengguna ketika sign-up ke list anda adalah alamat emel yang sah.

Terdapat pihak-pihak tertentu di Internet yang menyediakan senarai alamat-alamat emel untuk anda sewa. Senarai emel ini dikatakan terdiri dari mereka yang telah bersetuju untuk menerima emel-emel komersial. 

Sebenarnya dalam banyak keadaan, mereka ini bukanlah menyewa senarai emel kepada anda kerana anda tidak berpeluang untuk melihat senarai emel yang konkrit. 

Mereka ini mengenakan bayaran untuk setiap alamat emel yang mereka sampaikan mesej anda kepadanya.

Selagi para pemilik emel tersebut tidak dibayar untuk membaca mesej-mesej tersebut, selagi mereka benar-benar berminat terhadap setiap tawaran yang dibuat, selagi itulah cara pemasara ini berkemungkinan mendatangkan keuntungan.

Masalahnya ialah, dalam banyak keadaan mereka mengenakan bayaran sebanyak 10-20 dolar untuk setiap alamat emel dan sebagai kos penghantaran mesej untuk setiap alamat emel tersebut untuk mendapatkan hasil yang besar, ini sebenarnya adalah sangat mahal. 

Bagaimanapun, jika anda mampu, ia mungkin berupaya memberikan anda 'targeted traffic' yang sangat baik. 

Bagaimana pula dengan emel promosi 'opt-in series'?


Emel promosi atau pemasaran 'opt-in series' berfungsi dengan cara anda menawarkan kepada para pelanggan satu sampel percuma, hadiah, artikel atau produk giveaway di laman web anda. 

Biasanya menerusi pop-up window dan apabila mereka ingin mendapatkan tawaran tersebut mereka perlu memasukkan nama dan alamat emel mereka. 

Setelah itu mereka akan menjadi subscriber yang akan menerima emel-emel atau mesej-mesej dari anda. 

Jenis siri yang terbaik ialah yang membekalkan maklumat percuma yang berguna tentang sesuatu topik atau subjek yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Siri emel yang berkualiti akan mengukuhkan hubungan baik antara pelanggan dan anda yang mana merupakan satu perkara yang penting dan berharga dan ramai pemilik bisnes terlepas pandang akan perkara ini. 

Pendekatan ini sebenarnya boleh 'diperibadikan' dan boleh berfungsi secara automatik sebaik sahaja anda selesai menyiapkan struktur dan penetapan fungsinya.

Di bawah ini adalah panduan untuk lebih selamat:


1. Jangan sesekali membeli senarai opt-in orang lain. Klien yang merupakan ahli dalam senarai itu hanya mahu menerima maklumat atau mesej emel dari pemilik senarai tersebut, bukan daripada anda.

2. Jangan sesekali membeli atau menggunakan program penyedia senarai emel 'mass mailing'

3. Jangan sesekali menjual senarai emel anda. Klien yang mendaftarkan diri sebagai subscriber anda hanya ingin mendapatkan maklumat dan mesej emel daripada anda, bukan orang lain.

4. Sebaiknya gunakanlah prosedur emel jenis 'double opt-in' apabila anda mengumpul senarai emel melalui laman web anda

5. Jangan sesekali menggunakan header yang salah dalam setiap mesej anda. Dengan kata lain, jangan cuba menyembunyikan identiti anda.

6. Jangan sesekali mengiklankan laman web anda dalam newsletter yang tidak dihantar menerusi senarai emel 'double opt-in'

7. Jangan berlengah dalam memenuhi kehendak mereka yang ingin keluar dari senarai emel anda. Sediakan link untuk itu dalam setiap emel yang anda hantar

Semasa membuat perancangan, tentukan berapakah jumlah emel yang anda ingin kumpul pada setiap bulan. 

Kemudian tentukan lokasi di mana anda boleh menarik seramai mungkin prospek untuk mendaftar ke senarai emel anda atau bagaimanakah untuk menarik mereka ke laman web anda.

Jika anda masih baru dalam pemasaran emel, anda boleh cuba gunakan autoresponder EmelmatikPendaftaran adalah PERCUMA


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blog - IdeaPemasaranEmel