Apakah Email Opt-In?

1 comment
Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan "opt-in email marketing" dan apakah kaitannya dengan Email Marketing?
Apakah Email Opt-In?
Bagi seorang 'Newbie' mereka mungkin pada permulaan mempunyai kewangan yang terhad untuk membina empayar perniagaan online mereka. Akhirnya mereka memburu teknik-teknik percuma, iklan percuma, Newsgroup dan sebagainya yang percuma. 

Pakar-pakar pemasaran telah memberitahu bahawa teknik percuma kurang keberkesanannya di dalam memberikan income pada kita.

Oleh itu jalan penyelesaiannya ialah dengan mengumpul senarai email atau mailing list bagi tujuan pemasaran email nanti. Opt-in boleh dikatakan sebagai pintu kedai yang perlu dilalui oleh para pembeli atau pelanggan kita.

Maka apabila mereka telah melalui pintu kedai tersebut maka mereka secara automatik akan mendapat promosi atau sebarang maklumat mengenai perniagaan dan sebagainya di dalam kedai itu nanti. 

Itulah diumpamakan konsep 'Optin' yang memerlukan anda memiliki perisian autoresponder berbayar /percuma yang mana di dalamnya nanti akan disediakan kod untuk diletakkan di website atau blog anda.

Kod ini kebiasaan berupa borang / form yang mana prospek perlu memasukkan nama dan email mereka untuk berdaftar atau mendapatkan tawaran percuma, diskaun atau sebagainya.

Email mereka ini akan dikumpul oleh autoresponder dan dari situlah bermulanya proses
pemasaran email ini.

Jika anda ingin belajar dan mencuba autoresponder, anda boleh mencuba Emelmatik. Pendaftaran hanya PERCUMA sahaja.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Top Casino - Mapyro
    Welcome to 포항 출장마사지 the first 경산 출장샵 place to go to go 안양 출장마사지 for real money! 속초 출장마사지 The casino offers over 100 광명 출장안마 slot machines and a $500 sign-up bonus. The first deposit bonus is a

    ReplyDelete

Powered by Blog - IdeaPemasaranEmel