Ebook PERCUMA Rahsia Kumpul Database

Leave a Comment
Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS memasarkan produk mereka dengan pemasaran emel. Apabila mereka ada produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam emel.

Secara tidak langsung, maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap.

Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel.

Di sini saya nak kongsikan ebook percuma Rahsia Kumpul Database, isi kandungan ebook ini adalah seperti di bawah..

  • Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel
  • Formula dalam Pemasaran Emel
  • Cara Menggunakan Pemasaran Emel dengan Efektif
  • 5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel
  • Kenapa Perlu Kumpul Database?
Anda boleh muat turun ebook Rahsia Kumpul Database dengan isi nama dan emel anda di bawah...
Ebook PERCUMA Rahsia Kumpul Database

Nama

Alamat Emel

Read More

Apakah Email Opt-In?

1 comment
Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan "opt-in email marketing" dan apakah kaitannya dengan Email Marketing?
Apakah Email Opt-In?
Bagi seorang 'Newbie' mereka mungkin pada permulaan mempunyai kewangan yang terhad untuk membina empayar perniagaan online mereka. Akhirnya mereka memburu teknik-teknik percuma, iklan percuma, Newsgroup dan sebagainya yang percuma. 

Pakar-pakar pemasaran telah memberitahu bahawa teknik percuma kurang keberkesanannya di dalam memberikan income pada kita.

Oleh itu jalan penyelesaiannya ialah dengan mengumpul senarai email atau mailing list bagi tujuan pemasaran email nanti. Opt-in boleh dikatakan sebagai pintu kedai yang perlu dilalui oleh para pembeli atau pelanggan kita.

Maka apabila mereka telah melalui pintu kedai tersebut maka mereka secara automatik akan mendapat promosi atau sebarang maklumat mengenai perniagaan dan sebagainya di dalam kedai itu nanti. 

Itulah diumpamakan konsep 'Optin' yang memerlukan anda memiliki perisian autoresponder berbayar /percuma yang mana di dalamnya nanti akan disediakan kod untuk diletakkan di website atau blog anda.

Kod ini kebiasaan berupa borang / form yang mana prospek perlu memasukkan nama dan email mereka untuk berdaftar atau mendapatkan tawaran percuma, diskaun atau sebagainya.

Email mereka ini akan dikumpul oleh autoresponder dan dari situlah bermulanya proses
pemasaran email ini.

Jika anda ingin belajar dan mencuba autoresponder, anda boleh mencuba Emelmatik. Pendaftaran hanya PERCUMA sahaja.

Read More

Tips Opt-in Pemasaran Emel

Leave a Comment
Emel opt-in adalah merujuk kepada emel-emel promosi yang dihantar kepada seseorang yang memintanya. 

Bukan seperti emel spam yang merupakan emel promosi yang dihantar kepada sejumlah ramai pemilik emel tanpa mengambil kira samada mereka mahu menerimanya atau tidak. 

Emel-emel opt-in biasanya berunsur peribadi, disasarkan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan promosi-promosi tertentu atau topik yang penerima emel tersebut berminat untuk mengetahuinya. 
Tips Opt-in Pemasaran Emel
Biasanya emel-emel opt-in mengandungi maklumat tentang produk, newsletter, artikel-artikel yang berguna dan panduan atau iklan-iklan tawaran istimewa. 

Sebagai contoh, apabila seseorang pengguna internet itu mengunjungi sebuah laman web yang menjual CD muzik, dia boleh 'opt-in' untuk membolehkan dia menerima berita terkini atau notis tentang CD muzik terbaru yang dijual oleh laman web tersebut. 

Pengguna Internet tersebut juga ada kemungkinan akan mendapat diskaun terhadap produk-produk yang ditawarkan oleh laman web itu, melalui emel opt-in yang akan diterimanya.

Walaupun cara ini lebih mahal berbanding dengan cara mass mailing, kajian mengatakan cara ini jauh lebih berkesan.

Emel-emel opt-in terdapat dalam banyak bentuk. Senarai 'single opt-in' berlaku melalui jemputan terhadap pengguna untuk sign-up menerusi 'web form'. Ketika mereka menghantar 'form' tersebut, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai ahli.

Anda boleh gunakan satu lagi jenis opt-in yang memerlukan semua pengguna yang ingin mendaftar sebagai ahli senarai emel anda untuk mengesahkan permohonan mereka melalui emel, yang disebut sebagai 'double opt-in'.

Pengesahan opt-in adalah untuk memastikan bahawa alamat emel yang diberikan oleh pengguna ketika sign-up ke list anda adalah alamat emel yang sah.

Terdapat pihak-pihak tertentu di Internet yang menyediakan senarai alamat-alamat emel untuk anda sewa. Senarai emel ini dikatakan terdiri dari mereka yang telah bersetuju untuk menerima emel-emel komersial. 

Sebenarnya dalam banyak keadaan, mereka ini bukanlah menyewa senarai emel kepada anda kerana anda tidak berpeluang untuk melihat senarai emel yang konkrit. 

Mereka ini mengenakan bayaran untuk setiap alamat emel yang mereka sampaikan mesej anda kepadanya.

Selagi para pemilik emel tersebut tidak dibayar untuk membaca mesej-mesej tersebut, selagi mereka benar-benar berminat terhadap setiap tawaran yang dibuat, selagi itulah cara pemasara ini berkemungkinan mendatangkan keuntungan.

Masalahnya ialah, dalam banyak keadaan mereka mengenakan bayaran sebanyak 10-20 dolar untuk setiap alamat emel dan sebagai kos penghantaran mesej untuk setiap alamat emel tersebut untuk mendapatkan hasil yang besar, ini sebenarnya adalah sangat mahal. 

Bagaimanapun, jika anda mampu, ia mungkin berupaya memberikan anda 'targeted traffic' yang sangat baik. 

Bagaimana pula dengan emel promosi 'opt-in series'?


Emel promosi atau pemasaran 'opt-in series' berfungsi dengan cara anda menawarkan kepada para pelanggan satu sampel percuma, hadiah, artikel atau produk giveaway di laman web anda. 

Biasanya menerusi pop-up window dan apabila mereka ingin mendapatkan tawaran tersebut mereka perlu memasukkan nama dan alamat emel mereka. 

Setelah itu mereka akan menjadi subscriber yang akan menerima emel-emel atau mesej-mesej dari anda. 

Jenis siri yang terbaik ialah yang membekalkan maklumat percuma yang berguna tentang sesuatu topik atau subjek yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda.

Siri emel yang berkualiti akan mengukuhkan hubungan baik antara pelanggan dan anda yang mana merupakan satu perkara yang penting dan berharga dan ramai pemilik bisnes terlepas pandang akan perkara ini. 

Pendekatan ini sebenarnya boleh 'diperibadikan' dan boleh berfungsi secara automatik sebaik sahaja anda selesai menyiapkan struktur dan penetapan fungsinya.

Di bawah ini adalah panduan untuk lebih selamat:


1. Jangan sesekali membeli senarai opt-in orang lain. Klien yang merupakan ahli dalam senarai itu hanya mahu menerima maklumat atau mesej emel dari pemilik senarai tersebut, bukan daripada anda.

2. Jangan sesekali membeli atau menggunakan program penyedia senarai emel 'mass mailing'

3. Jangan sesekali menjual senarai emel anda. Klien yang mendaftarkan diri sebagai subscriber anda hanya ingin mendapatkan maklumat dan mesej emel daripada anda, bukan orang lain.

4. Sebaiknya gunakanlah prosedur emel jenis 'double opt-in' apabila anda mengumpul senarai emel melalui laman web anda

5. Jangan sesekali menggunakan header yang salah dalam setiap mesej anda. Dengan kata lain, jangan cuba menyembunyikan identiti anda.

6. Jangan sesekali mengiklankan laman web anda dalam newsletter yang tidak dihantar menerusi senarai emel 'double opt-in'

7. Jangan berlengah dalam memenuhi kehendak mereka yang ingin keluar dari senarai emel anda. Sediakan link untuk itu dalam setiap emel yang anda hantar

Semasa membuat perancangan, tentukan berapakah jumlah emel yang anda ingin kumpul pada setiap bulan. 

Kemudian tentukan lokasi di mana anda boleh menarik seramai mungkin prospek untuk mendaftar ke senarai emel anda atau bagaimanakah untuk menarik mereka ke laman web anda.

Jika anda masih baru dalam pemasaran emel, anda boleh cuba gunakan autoresponder EmelmatikPendaftaran adalah PERCUMA


Read More

Apa Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet?

Leave a Comment
Tahukah saudara rahsia nombor 1 kejayaan pakar-pakar Internet menghasilkan jualan beribu-ribu ringgit melalui Internet?

Blogging? 

Bukan..

FaceBook fan page? 

Bukan..

Sebenarnya, rahsia kejayaan jangka masa panjang untuk semua jenis perniagaan online ialah "email list" atau senarai pelanggan emel. 


Apa Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet?
Malah, jika saudara berjaya mengumpul senarai emel yang banyak,saudara tidak perlu bimbang pasal FaceBook, SEO, blogging, AdWords dan sebagainya. 

Cuba bayangkan jika saudara dapat mempromosikan produk saudara kepada 10,000 atau 100,000 orang secara percuma, hanya dengan menekan butang "Send".

Saya sendiri mengakui bahawa fokus saya sentiasa kepada menambahkan pelanggan emel setiap hari..

Tetapi, bagaimana nak mula kalau saudara sekarang ini tidak mempunyai senarai emel langsung, atau terlalu sedikit bilangan pelanggan emel?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan saudara kepada rakan saya Gobala Krishnan, salah seorang pakar Internet terkemuka di Malaysia. 

Sejak 2005 Gobala memulakan perniagaan Internet secara sepenuh masa, dan sudahpun mengumpul lebih dari 39,000 senarai pelanggan emel dari Malaysia dan juga US.

Baru-baru ini Gobala melancarkan produk terbarunya iaitu "Rahsia Emel":

Rahsia Emel adalah laman keahlian, dimana setiap ahli akan menerima:

1) Pendedahan rahsia pemasaran emel dari Gobala Krishnan sendiri
2) Video latihan teknikal setup autoresponder dan Aweber
3) Emel promosi siap lengkap untuk produk hangat ClickBank
4) Template landing page professional siap lengkap
5) Template FaceBook Fan Page siap lengkap

Tips dan teknik yang didedahkan oleh Gobala memang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan. Saya sendiri mendapat banyak ilmu daripada Gobala yang akan membantu perniagaan Internet saya makin berkembang. 

Saya pasti saudara juga akan menerima manfaat yang sama, jadi sila ke laman web ini sekarang juga dan register untuk menjadi ahli "Rahsia Emel":


Read More

Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Leave a Comment
Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah autoresponder

Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk mempromosikan kempen pemasaran online anda. 
Pemasaran Emel Dengan Autoresponder
Pernahkah anda lihat surat jualan yang memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi?

Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, mereka mendapat semua jawapan dengan segera. 

Semasa anda merancang untuk mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.

Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

1) Ia Membina Squeeze Page


Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. 

Bukan itu saja, ia boleh merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk komunikasi kemudian hari.

2) Ia Menghantar Jawapan Segera


Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis ialah tugas autoresponder.

3) Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda


Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. 

Autoresponder yang telah menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang berada dalam senarai itu dengan segera.

4) Ia Mengesan Jawapan


Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

Jika anda masih tidak mempunyai sebarang akaun autoresponderdaftarlah secara PERCUMA di sini

Read More

Pemasaran Emel - Kebaikannya untuk Bisnes Anda

Leave a Comment
Internet boleh dikatakan sebagai pemecah kepada kebuntuan para pemilik perniagaan yang tidak dapat memasarkan produk atau servis ke lokasi-lokasi tertentu. 

Ini disebabkan adanya perkhidmatan elektronik mail atau emel yang bukan sahaja percuma malahan membantu menghubungkan antara pengguna internet yang memerlukan penyelesaian terhadap masalahnya dengan pemilik produk yang berupaya membantunya.

Pemasaran Emel - Kebaikannya untuk Bisnes Anda
Pemasaran emel dikenali kerana ramai pemilik perniagaan yang menggunakan strategi pemasaran jenis ini untuk menghantar newsletter, tawaran produk atau servis yang akan datang kepada para pelanggan mereka. 

Semua ini dapat direalisasikan dengan mudah kerana emel bukan sahaja dapat menyampaikan mesej-mesej dari pengusaha kepada para pelanggan mereka dengan cepat, bahkan ia jauh lebih berkesan dari lain-lain strategi pemasaran tradisional seperti telefon atau surat-menyurat.

Tidak dapat dinafikan, bagaimanapun, bahawa strategi pemasaran emel boleh disalah anggap sama seperti spam. 

Ini telah menyebabkan para pemilik bisnes berusaha untuk memastikan tajuk dan isi kandungan emel mereka membawa maksud yang tepat tentang mesej yang ingin disampaikan kepada para pelanggan sekaligus agar tidak dianggap sebagai emel spam. 

Begitu juga dengan alamat emel, mestilah alamat yang sah dan membawa imej yang sihat pemilik bisnes atau syarikat yang beroperasi tersebut. 

Paling penting, emel-emel tersebut hanya dihantar kepada mereka yang telah mengenali penghantarnya atau telah bersetuju untuk menerima emel-emel tersebut.

Mungkin anda terfikir; jika begitu susah dan banyak perkara yang perlu diambil kira, kenapa pemasaran emel masih dianggap strategi pemasaran yang ampuh dan berkesan? 

Sememangnya terdapat beberapa perkara yang menjadikan pemasaran emel begitu popular dan digemari oleh para pemilik bisnes.

Pertama dan yang terpenting, pemasaran emel tidak memerlukan kos yang banyak, atau lebih senang disebut kos efektif

Pemasaran emel membolehkan para pengusaha atau pemilik bisnes menjalankan kempen pemasaran emel mereka tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk percetakan, penyiaran iklan dan sebagainya.

Jika pemilik bisnes itu ingin menambah jumlah emel sekalipun, ianya tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar kepada penyedia autoresponder. 

Hal ini berbeza dengan strategi pemasaran tradisional yang mungkin memerlukan penambahan kos yang tinggi untuk penghantaran surat, kos panggilan telefon dan sebagainya.

Apabila anda merancang untuk mencari pelanggan, adalah penting untuk anda mempunyai kemampuan untuk menyampaikan mesej perniagaan anda kepada seramai mungkin bakal pelanggan. 

Pemasaran emel boleh menjadi satu penyelesaian kepada masalah ini. Ia membolehkan anda menyebarkan mesej anda ke serata dunia tanpa ada sempadan dan batas geografi. Ini benar-benar menjimatkan kos sekaligus membantu meningkatkan tahap kemajuan perniagaan anda.

Pemasaran emel juga telah terbukti dapat meningkatkan mutu hubungan antara pengusaha dan pelanggan. Mereka boleh kekal berhubung walau di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Anda boleh terus menghantar maklumat-maklumat terkini tentang produk atau servis anda yang akan datang kepada mereka dan mereka pun boleh menyatakan pendapat mereka. Jelasnya, tanpa pemasaran emel, bisnes anda tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Kedua dan yang paling disedari oleh para pemilik bisnes ialah sikap dan kebiasaan pengguna

Ada pendapat yang mengatakan kebanyakan orang meluangkan masa untuk mengemaskini emel, membaca dan menghantar emel. 

Mereka ini jika berjaya dijadikan pelanggan maka para pemilik bisnes mempunyai jumlah penerima yang disasarkan (targeted audience) yang berkualiti, lebih-lebih lagi jika mereka memiliki kuasa beli yang besar.

Kebanyakan orang juga mempunyai akaun emel masing-masing dan setiap hari mereka akan meluangkan masa untuk menyemak akaun emel mereka. 

Ini telah membuka peluang promosi kepada para pemilik bisnes dan strategi pemasaran emel sangat berkesan juga adalah kerana ini. 

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengusaha ialah menghantar emel promosi produk atau servis anda kepada para pelanggan seperti ini, setelah mereka berada dalam senarai emel anda.
Read More

Kelebihan dan Kekurangan Pemasaran Emel

Leave a Comment
Pemasaran melalui emel adalah cara yang paling berkesan untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Ianya sangat ekonomi dan jika dilakukan dengan betul, boleh membantu membina 'brand' untuk perniagaan anda.

Dengan purata hanya beberapa RM untuk setiap emel, ia adalah tawaran yang hebat berbanding dengan 'direct mail' secara tradisional. Tambahan pula, pemasaran emel mempunyai kadar respon yang tinggi (sekitar 5-35 peratus bergantung kepada jenis dan format industri terbabit).

Satu daripada kelebihan pemasaran emel ialah jumlah maklumat yang dibekalkan oleh klien apabila mereka mendaftar untuk subscribe emel anda. 

Dengan mengetahui siapakah klien anda sebenarnya, termasuklah jantina, umur, pendapatan dan terutama sekali kesukaan mereka, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan produk yang berguna untuk mereka sekaligus menguntungkan anda.

Kelebihan dan Kekurangan Pemasaran Emel

Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel:-


1. Membawakan kepada anda prospek yang disasarkan. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki.

2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain metod pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.

3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional, seperti surat-menyurat, mengambil masa yang banyak. Kemudian anda perlu menunggu untuk beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima. 

Dalam permit atau pemasaran emel 'opt-in', promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.

4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel 'opt-in' membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online.

Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke 'pangkuan' prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. 

Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini.

Bahan-bahan yang boleh didownload seperti ebook boleh diakses dengan seberapa segera. 

Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna dengan hanya melayari laman web anda, klik link ke 'landing page' anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, ebook yang disediakan itu sudah boleh didownload oleh mereka.

5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. 

Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara 'auto-pilot' bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda.

Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.

Sekarang, prospek boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perniagaan, produk atau servis dalam 24 jam sehari semalam dan ya, 7 hari seminggu.

Kekurangan pemasaran emel:-


1. Hari ini dengan kewujudan spam, emel boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sukar untuk diuruskan. Ini bermakna para prospek hanya akan mencari dan membuka emel dari rakan-rakan, keluarga dan sebagainya manakala emel-emel yang tidak berkaitan akan dibuang dengan begitu sahaja. 

Bagaimanapun, program anti-spam dan spam filter boleh meminimumkan masalah spam ini. Begitupun anda harus tahu bahawa setiap emel anda boleh ditetapkan sebagai 'spam' oleh prospek dan dibuang ke folder spam, walaupun ia sebenarnya bukan emel spam.

2. Mesej yang disampaikan menerusi emel hendaklah ringkas. Prospek mahukan maklumat yang tepat dan ringkas. Oleh itu mesej emel yang panjang hanya membuang masa sahaja. 

3. Emel menghalang kretiviti anda. Teks adalah membosankan dan dengan mesej-mesej emel, teks adalah bahagian yang paling penting. Anda tidak boleh menggunakan kretiviti anda kerana para prospek mahukan poin ringkas dan terus kepada subjek yang ingin anda sampaikan.

Beberapa bisnes online kecil berpendapat laman web hanya mempunyai peranan yang kecil untuk mereka kerana mereka tidak percaya produk atau servis boleh dipasarkan di Internet. 

Bagaimanapun mereka sebenarnya tidak tahu, pemasaran emel merupakan penjimat utama bagi kewangan mereka sekaligus mampu memasarkan produk atau servis mereka ke tempat-tempat tertentu yang mana tidak boleh dicapai secara offline.

Semua orang boleh mempromosi laman web, mengiklankan produk atau merealisasikan idea mereka dengan hanya menggunakan emel untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.
Read More
Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blog - IdeaPemasaranEmel